- Lain-lain
天津举办“世界水日”宣传活动 营造节水良好氛围
Gelombang kecerdasan buatan (AI) sedang melanda rata-rata wilayah autonomi Zhuang Guangxi di selatan China.
Kerajaan wilayah tersebut baru-baru ini melancarkan pertandingan “AI for All: China-ASEAN” yang juga dipanggil “Liga Super AI” di ibu wilayah Nanning, yang serta-merta menjadi tumpuan perhatian dan menarik minat orang ramai dari pelbagai sektor.
Pertandingan “AI for All: China-ASEAN” dilancarkan di Nanning, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China, 19 Julai 2025. (Foto ihsan pihak penganjur)
Sesetengah pihak percaya bahawa acara ini akan menjadi batu tanda dalam kerjasama melibatkan pembangunan AI antara China dan negara ASEAN.
Tatkala “Liga Super AI” yang bertahap tinggi dan antarabangsa ini mengetengahkan Guangxi sebagai kuasa baru pertama antara wilayah peringkat provinsi di sempadan barat China yang menerima pakai teknologi AI secara meluas, timbul persoalan di minda ramai: Mengapa Guangxi? Apakah kelebihan unik yang membolehkan wilayah ini tampil di depan dan mengekalkan momentum di trek pantas pembangunan AI?
Pada hakikatnya, Guangxi memiliki segala yang perlu untuk menggapai kejayaan cemerlang dalam pembangunan AI.
Pertama sekali, dorongan pembangunan AI yang berlaku kini kena pada masanya.
Langkah Guangxi untuk melipatgandakan usaha dalam perkara ini datangnya ketika negara menggesa kemandirian dan pemerkasaan diri, mengutamakan pembangunan berorientasikan penggunaan, dan menggalakkan kemajuan yang sihat dan teratur sektor AI negara ke arah yang berfaedah, selamat dan adil.
Pada awal tahun ini, tampuk kepimpinan Guangxi mengumumkan pembangunan AI sebagai keutamaan, dengan ikrar bahawa wilayah itu tidak akan ketinggalan dalam era AI ini.
Merebut momentum daripada pelaksanaan strategik dan pembangunan pantas AI di China, Guangxi dengan cepat mengambil tindakan susulan dalam bentuk dasar. Sebagai contoh, pelan tindakan menyasarkan pembangunan bersepadu AI dan sektor pembuatan (2025-2027).
Faktor kedua, Guangxi memiliki kelebihan penting dari segi geografi berikutan sejarahnya – membolehkan wilayah ini memanfaatkan AI bagi memperkasakan pelbagai industri.
Sebagai wilayah tepi pantai, bersungai dan di sempadan yang menghubungkan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau, bahagian barat daya dan selatan tengah negara serta rantau ASEAN, Guangxi dekat kedudukannya dengan ketiga-tiga pasaran berkenaan. Ia juga di lokasi unik yang berfungsi sebagai daerah pedalaman strategik Kawasan Teluk Besar, malahan wadah untuk China membuka pintu dan menjalin kerjasama dengan negara-negara ASEAN.
Pada masa ini, sebuah ekosistem perindustrian rentas sempadan sedang terbentuk dengan penyelidikan dan pembangunan yang berpangkalan di bandar-bandar utama China seperti Beijing, Shanghai dan Guangzhou, integrasi berpusatkan Guangxi, serta pelaksanaan yang menjangkau hingga ke negara-negara ASEAN.
Berkat kedudukan geografinya, Guangxi menikmati kelebihan kompetitif dalam berbilang usaha, biar membina hab kunci buat syarikat AI China yang mahu menceburi pasaran ASEAN, mencipta sebuah pentas berpengaruh bagi pengumpulan sumber AI dan faktor-faktor produktif penting buat China dan ASEAN, mahupun mewujudkan wahana yang terbaik bagi menjayakan kerjasama AI antarabangsa antara China dan ASEAN.
Akhir sekali, usaha Guangxi membangunkan industri AI mendapat sokongan awam.
Strategi wilayah tersebut secara efektifnya memenuhi keperluan sektor perindustrian, menampakkan penyepaduan matlamat dan penyelarasan usaha.
“Liga Super AI” sendirinya berfungsi sebagai sebuah platform untuk kolaborasi rentas industri serta penglibatan orang awam.
Kerajaan wilayah telah merangsang sokongan daripada firma AI, badan penyelidikan dan rakan kongsi antarabangsa terunggul.
Pusat Kerjasama Inovasi AI China-ASEAN yang baru dibuka di Nanning telah pun menerima pendaftaran kumpulan pertama syarikat dari ASEAN.
Inisiatif seperti platform “Guizhi-1” untuk pengurusan keselamatan data dan pengaplikasian ejen AI, serta program-program berskala besar untuk pengkomersialan hasil sains dan teknologi Akademi Sains China, telah memperlihatkan kesungguhan Guangxi untuk memupuk sebuah ekosistem AI yang berkembang maju.
Dengan adanya dasar-dasar sesuai, kedudukan geografi strategik serta kekuatan bersepadu, wilayah ini bersedia untuk menempa haluan sendiri di peta AI China dan mencoret bab baharu dalam kerjasama digital China-ASEAN.
- Pertandingan “AI for All: China-ASEAN” Umum Topik Cabaran Utama
- Pertandingan “AI for All” di Guangxi Buka Penyertaan
- Robot AI Digunakan untuk Menuai
- Indahnya kesan Tyndall, hasil ‘jendela langit’ Gunung Jinzhong
- Kemajuan Desa Dipacu AI, Tema Sidang Anjuran Guangxi
- Foto: Kereta Sedia untuk Eksport di Pelabuhan Qinzhou, Guangxi
- Daripada Lawatan Kepada Pengembaraan: Guilin Jadi Bandar Pelancong Bertaraf Dunia
- Dari Dahan ke Hujung Lidah dalam 24 Jam
- Guangxi Bangun Pelancongan Rentas Sempadan RCEP, Galak Penggunaan Lebih Pelbagai
- Bina Hab Dagang Buah ASEAN, Sasaran Tiga Bandar