鼻炎和鼻窦炎有什么区别
 |
‘Jendela langit’ di Gunung Jinzhong. (People's Daily Online/Lei Qijun) |
百度 更难堪的是,当时有几名主力球员,他们的合同在2017年底已经到期,却在2018年还跟随球队训练,可见那个时期的俱乐部混乱到什么地步。
Telusuri dasar gua yang sunyi sepi, melalui pelbagai bentuk stalaktit yang menghiasi koridor gua, mengikut bunyi air membobok, sampailah beransur-ansur kelihatan rupa lembangan sungai bawah tanah yang bersambung dengan Sungai Li.
Jelajah lagi ke dalam, dapat dilihat bagaimana bumbung gua bersambung dengan permukaan, menghasilkan ‘jendela langit’ yang semula jadi.
‘Jendela langit’ ini letaknya di kawasan peranginan Gunung Jinzhong di pekan Luojin, kaunti Yongfu, bandar Guilin, wilayah Guangxi. Tempat ini merupakan satu-satunya corong karst di kawasan pelancongan karst Guilin yang boleh dilawat dengan berjalan kaki dari bawah. Gua ini ruang dalamnya luas, dengan puncak dan dinding batu yang curam dan tertutup, yang bersambung dengan sebatang sungai bawah tanah di dasar. Air di dalam gua juga amat banyak, manakala stalaktit di situ kurang diluluhawa dan ada yang masih tumbuh, menjadikannya amat berbaloi dilawat.
Setiap kali turun hujan, air yang bertakung berkumpul dan mencurah-curah menjadi air terjun yang megah, menarik ramai pelancong datang untuk mengambil gambar. Ekoran rupa buminya yang unik, kepekatan ion oksigen negatif di bawah ‘jendela langit’ ini 50 hingga 80 kali ganda lebih tinggi daripada normal, membentuk sebuah bar oksigen semula jadi.
 |
Stalaktit menghiasi koridor gua. (People's Daily Online/Lei Qijun) |
 |
Landskap stalaktit yang unik. (People's Daily Online/Wei Huan) |
 |
Dasar gua bersambung dengan sungai bawah tanah. (Foto oleh Zhang Hongying) |
 |
‘Jendela langit’ mencipta kesan Tyndall. (People's Daily Online/He Ning) |
 |
Pelancong mengambil gambar kenang-kenangan. (People's Daily Online/Wei Huan) |