- Lain-lain
神鹰城讯2016年净赚280万元 营收同比增长19%
Rundingan tidak rasmi antara China, Kemboja dan Thailand diadakan di Shanghai, China pada Rabu sebagai usaha mendorong pelaksanaan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand serta membina syarat baik bagi pemulihan kedamaian dan kestabilan di kawasan sempadan kedua-dua negara.
Mengulas lanjut mengenai rundingan itu, jurucakap Kementerian Luar China Guo Jiakun dalam sidang media yang diadakan di Beijing pada Rabu berkata, China menyokong ASEAN dalam memainkan peranannya, mengekalkan komunikasi rapat dengan Malaysia selaku negara pengerusi ASEAN dan menghantar wakil ke mesyuarat khas Kemboja-Thailand di Kuala Lumpur.
Memandangkan situasi gencatan senjata yang genting pada ketika ini, Naib Menteri Luar China Sun Weidong mengadakan rundingan tidak rasmi dengan wakil dari Kemboja dan Thailand di Shanghai pada pagi Rabu.
Wakil Kemboja dan Thailand menyatakan komitmen mereka untuk mematuhi persepakatan gencatan senjata, di samping menzahirkan penghargaan atas peranan China dalam meredakan ketegangan.
Guo Jiakun menekankan bahawa China tidak mempunyai kepentingan sendiri dalam hal ini, sebaliknya menyokong usaha ASEAN ke arah mendorong penyelesaian pertikaian antara Kemboja dengan Thailand secara politik melalui pendekatan serantau.
China bersedia mengekalkan komunikasi rapat dengan Kemboja, Thailand dan Malaysia, serta terus memainkan peranan konstruktif untuk mempromosikan gencatan senjata demi pemulihan semula keamanan dan kestabilan di kawasan terbabit, katanya.
- Konflik Thailand-Kemboja: China Komited Bantu Kukuh Persetujuan Gencatan Senjata
- Konflik Thailand-Kemboja: China Komited Galak Rundingan Damai
- Thailand Dakwa Kemboja Langgar Perjanjian Gencatan Senjata
- Konflik Sempadan: 22 Warga Thailand Maut
- China akan Main Peranan Konstruktif untuk Dorong Gencatan Senjata antara Kemboja dan Thailand
- Pemimpin Kemboja, Thailand Dijadual Bertemu?di Putrajaya
- Kemboja Alu-alukan Seruan PBB untuk Selesaikan Pertikaian Melalui Rundingan
- China Saran Thailand dan Kemboja Selesaikan Pertikaian Menerusi Dialog dan Rundingan
- China Seru Kemboja, Thailand Redakan Ketegangan
- Kemboja Umum Tindak Balas Diplomatik Terhadap Thailand