- Lain-lain
吵架是什么意思
Juruteknik pertanian sedang memeriksa dan menyelenggara satu sistem pengawasan serangga perosak jarak jauh di Ladang Fuxi, pekan Pingpu, Wuhu di Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Xiao Benxiang)
Di bawah matahari nan terik di tengah-tengah musim panas, beras akhir musim kelihatan berkilau-kilauan di sawah padi Ladang Fuxi di kampung Xinlin, daerah Fancang, Wuhu, Provinsi Anhui, di timur China.
Robot pertanian merentasi ladang dengan penuh bersistem, mengawasi keadaan tanaman sambil menanam penderia yang mengumpul data masa nyata terhadap kelembapan tanah, keadaan cuaca dan kelaziman perosak, yang kesemuanya dihantar ke hab tengah ladang tersebut.
“Fasiliti tersebut berfungsi sebagai otak kepada keseluruhan ladang,” jelas Hou Guangyu, pengurus pertanian Gen-Z, yang mengoperasikan robot secara jarak jauh mengguna tablet. Katanya, sistem pintar yang diintegrasikan membolehkan pengurusan ladang secara komprehensif dilakukan dari pejabat.
Landskap pertanian China sedang melalui transformasi teknologi, dengan kecerdasan buatan (AI), analisis data raya dan sistem udara beraltitud rendah pula mengembangkan jejak pengoperasian masing-masing.
Ladang Fuxi merupakan salah satu projek perintis pertanian pintar yang dilancarkan oleh Akademi Sains China (CAS). Model yang telah berjaya itu turut digunakan di serata Mongolia Dalam, Chongqing, Anhui, dan Hubei, seterusnya bergerak dengan stabil ke arah pengkomersialan dan pengaplikasian berskala besar.
“Pertanian konvensional melibatkan situasi tidak dapat diduga yang signifikan. Tetapi, data raya membolehkan simulasi dan analisis ramalan untuk setiap langkah, iaitu daripada jadual penanaman kepada protokol pengairan dan kawalan perosak, supaya kami boleh pilih kaedah yang terbaik,” ujar Zhang Yucheng, jurutera kanan di Institut Teknologi Pengkomupteran CAS.
Di Ladang Fuxi, algoritma dan model yang disesuaikan untuk syarat kelembapan, penyesuaian cuaca dan peramalan perosak sedang dibangunkan dan diperhalusi untuk menambah baik ketepatan pertanian, sekali gus menyokong kestabilan hasil dan dapatan produktiviti.
Robot menanam benih salad di sebuah taman demonstrasi pertanian pintar di pekan Guangchen, Pinghu, Provinsi Zhejiang, di timur China. (People’s Daily Online/Wang Zhijie)
Memetik kenyataan Kementerian Pertanian dan Hah Ehwal Luar Bandar China, sistem pertanian pintar sedang digunakan meluas dalam pemupukan tanaman, pembiakan ternakan dan sektor akuakultur. Kesemua platform yang disepadukan itu membolehkan penderia pintar, pembuatan keputusan sumber, dan kawalan proses, secara tidak langsung meningkatkan produktiviti buruh dengan signifikan, kecekapan penggunaan sumber dan output tanah per unit.
Mengambil contoh trend tersebut, sebuah robot pemeriksa autonomi yang dibangunkan oleh Syarikat Muyuan Foods, berkhidmat sebagai doktor haiwan digital di ladang ternakan pintar di kampung Dahualing, kaunti Neixiang, Provinsi Henan di tengah China. Dilengkapi dengan pelbagai penderia, ia mengawasi biometrik haiwan secara terus menerus dan memberitahu kepada juruteknik terhadap sebarang keabnormalan.
“Termografi infra merah dan termometer pintar mengesan naik turun suhu yang tidak normal,” jelas Hu Yiyong, ketua diagnostik pintar di syarikat itu.
Sementara itu, di Laizhou, Provinsi Shandong, timur China, fasiliti akuakultur industri sedang menggunakan sistem pemberi makanan pintar yang mempengaruhi kelakuan ikan dan corak pertumbuhan untuk menghantar jumlah makanan yang tepat.
“Sistem tersebut belajar daripada pemerhatian data untuk memperhalusi permodelan tingkah laku dan ketepatan algoritma,” ujar Li Wensheng, timbalan pengurus besar di sebuah syarikat akuakultur tempatan.
Pada Oktober 2024, Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China mengeluarkan pelan tindakan pertanian pintar kebangsaan bagi tempoh 2024-2028. Berdasarkan pelan tersebut, menjelang penghujung 2026, kapasiti perkhidmatan awam untuk pertanian pintar perlu diwujudkan, dengan lebih daripada 30 peratus proses pengeluaran pertanian didorong oleh maklumat. Menjelang penghujung 2028, liputan pemaklumatan dijangka melangkaui 32 peratus, dengan teknologi pintar menjadi pendorong utama terhadap pengurangan kos dan penambahbaikan hasil buat ternakan dan tanaman utama.
“Tindak balas kemarau yang berkesan atau pembendungan perosak menuntut kedua-dua kelajuan dan ketepatan, yang memerlukan sistem belakang yang kompleks,” kata Ren Ni, ketua Institut Maklumat Pertanian di Akademi Sains Pertanian Jiangsu.
Beliau mengenal pasti aliran data yang disahkan, rangka kerja algoritma yang mantap dan peralatan berdaya tahan sebagai elemen asas pertanian pintar untuk berfungsi.
China telah menubuhkan 34 pusat dan subpusat inovasi pertanian pintar peringkat kebangsaan, dan 35 makmal teknologi maklumat pertanian, mencapai kejayaan dalam fenotip tanaman berkeupayaan tinggi, analisis tanah di lokasi dan platform robotik berskala besar.
Namun begitu, pakar akur terhadap cabaran penggunaan berskala besar. Kepelbagaian geografi, zon iklim dan heterogeniti tanaman-ternakan di China merumitkan pembangunan algoritma piawai dan reka bentuk peralatan, sekali gus menyaksikan ia memerlukan sistem bersepadu yang mengimbangi kebolehskalaan dengan kecekapan kos.
Meskipun negara maju membolehkan pengendali tunggal mengurus lebih 5,000 mu tanah ladang (kira-kira 333.33 hektar) melalui teknologi pertanian termaju, inisiatif ladang pintar China menyasarkan kapasiti operasi melebihi 10,000 mu setiap pengurus, menyelaraskan penanda aras produktiviti dengan daya saing global.
Juruteknik menyembur racun perosak di sebuah ladang jagung dengan menggunakan dron di kampung Zhangxu, kaunti Wuhe, Bengbu, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Li Xiangqian)
- Pohon Cendekiawan Cina Masuki Musim Untuk Dipetik di Guangxi
- Buah-buahan Selatan Berkembang Mekar di Utara China Dengan Kemajuan Dalam Teknologi Pertanian
- Industri Tani Hutan Jiangxi Tambah Maju
- Monorel Buatan Sendiri Inovasi Logistik Ladang
- Pinggan Mangkuk Meja Mesra Alam Sekitar Diperbuat Daripada Hampas Tebu di Yunnan Terkenal di Luar Negara
- Kerjasama Pertanian China-AS Manfaatkan Pengguna, Petani
- China Kemuka Pelan, Percepat Pembinaan Kekuatan Dalam Pertanian
- Saintis China Gunakan AI Dalam Pembenihan Tanaman, Tambah Hasil dan Varieti
- Aktiviti Pertanian Rancak di Seluruh China Pada Awal Musim Bunga
- Ekonomi Pertanian, Luar Bandar 2024 China Rekod Peningkatan Stabil