- Lain-lain
Utusan khas kerajaan China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan konkrit untuk mempromosikan pelaksanaan pelan ‘penyelesaian dua negara’ demi mewujudkan keamanan yang menyeluruh, adil dan berkekalan antara Palestin dan Israel.
Seruan ini dizahirkan Zhai ketika berucap pada mesyuarat antarabangsa peringkat tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pelaksanaan ‘penyelesaian dua negara’ di New York, pada Selasa.
Zhai menyatakan bahawa China menentang keras segala kenyataan dan tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa serta niat yang mensia-siakan ‘penyelesaian dua negara’.
China dengan teguh menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan tahun 1967 dengan ibu kotanya di Baitulmaqdis Timur, kata Zhai.
China berpendirian bahawa pelaksanaan ‘penyelesaian dua negara’ yang merupakan konsensus masyarakat antarabangsa adalah satu-satunya jalan keluar bagi isu Palestin.
China bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa memainkan peranan konstruktif dalam meredakan situasi di Asia Barat pada masa ini.
- Israel Pertimbang Pendudukan Menyeluruh ke atas Gaza
- Israel Tolak Kenyataan Bersama Antarabangsa Mengenai Konflik Gaza
- Wakil Tetap China ke PBB Desak Tindakan Segera Tangani Krisis Kemanusiaan di Gaza
- Gaza Terus Bermandi Darah, Lebih 58 Ribu Terkorban Sejak 2023
- Indonesia Kutuk Serangan Udara Israel di Gaza
- Putin, Macron Adakan Perbualan Telefon, Bincang Isu Asia Barat
- OIC Kutuk Serangan Israel di Asia Barat
- Duta China Gesa Gencatan Senjata Segera di Asia Barat
- AS Sekali Lagi Guna Kuasa Veto Terhadap Draf Resolusi Gencatan Senjata di Gaza
- Gencatan Senjata di Gaza Perlu Disegerakan: Duta China