- Lain-lain
国内在线短租市场火热 预计2017年将达到125亿
Lebih 5,000 orang telah menyertai Larian Persahabatan Malaysia-China 2025 yang berlangsung di Kota Kinabalu pada 27 Julai. Acara tersebut, anjuran Persatuan Persahabatan Malaysia-China Sabah sempena ulang tahun ke-51 hubungan diplomatik kedua-dua negara, diadakan bagi memperdalam persefahaman dan pertukaran muhibah sesama rakyat.
Seawal pukul 6.30 pagi, dengan bunyi hon pemula, ribuan pelari melimpah bagai ombak melintasi garis mula. Dilihat antara mereka, ada yang memecut laju, ada yang berjoging santai, ada juga yang bergambar sambil berlari, tertawa dengan riang gembira. Menambah lagi kehangatan suasana, penonton di sepanjang laluan mengibarkan slogan sorakan dan bendera diiringi tepukan gemuruh berlatarkan rentak muzik rancak.
Larian 5 kilometer ini menyaksikan penyertaan lebih 5,000 orang termasuk warga tua berumur 60 ke atas, ibu bapa dan anak, dan juga pemuda-pemudi dari Malaysia dan China.
(Foto/Xinhua)
Menteri Belia dan Sukan Malaysia Hannah Yeoh berkata bahawa pertukaran antara Malaysia dan China, perkara yang cukup natural, berakar umbi terutamanya dalam bidang belia dan sukan. “Ia bukan sahaja memperlihatkan betapa dalamnya ikatan kerjasama Malaysia-China, malah memberikan isyarat yang jelas kepada masyarakat dan kalangan perniagaan bahawa hubungan antara kedua-dua pihak akan terus berkembang.”
Maklum Dr. Oh Ei Sun, presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China Sabah, Larian Persahabatan ini telah diadakan selama enam tahun berturut-turut, dan bilangan peserta telah bertambah daripada asalnya 3,000 kepada lebih 5,000 sekarang. “Saya harap lebih ramai orang akan ikut serta pada masa akan datang dan menyambung lagi persahabatan ini,” ujarnya.
Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah Christina Liew pula menyatakan harapannya untuk melihat lebih ramai sahabat dari China datang ke Sabah untuk mengambil bahagian dalam aktiviti budaya dan sukan pada masa depan. Beliau menganggap hal ini bukan sahaja akan memperdalam persefahaman, tetapi juga akan mengharumkan lagi nama Sabah di pentas antarabangsa dan menggalakkan perkembangan pelancongan tempatan.
Difahamkan, ramai kakitangan syarikat modal China dan pelajar China ikut serta memeriahkan larian.
Ketua Biro Kejuruteraan Infrastruktur PowerChina di Malaysia Timur menyatakan, tahun ini lebih daripada 40 kakitangan warga China dan lebih 30 kakitangan tempatan dari syarikatnya menyertai acara. Katanya, “Bagi kami, ini juga seperti aktiviti pembinaan pasukan yang mengintegrasikan budaya, sukan dan persahabatan.”
Menyempurnakan pengalaman peserta, pingat peringatan yang menjadi hadiah penyertaan direka dengan bijak. Muka depan terukir ungka Sabah dan panda gergasi China manakala muka belakang memaparkan Gunung Kinabalu dan Tembok Besar, melambangkan keakraban interaksi kalangan rakyat serta integrasi budaya kedua-dua negara.
Dr. Zhu Xinglong, Konsul Jeneral China ke Kota Kinabalu, berkata bahawa pada tahun-tahun kebelakangan ini hubungan China-Malaysia terus bertambah kukuh, sementara interaksi antara rakyat kian erat.
Acara larian yang bertepatan dengan ulang tahun ke-51 hubungan diplomatik China-Malaysia ini amat signifikan. Bukan sahaja mendapat sokongan kuat kerajaan Malaysia serta kedutaan dan konsulat China, ia bahkan menarik penyertaan aktif kumpulan perantau China dan orang awam secara umumnya.
- Wang Yi Bertemu PM Malaysia
- Perjanjian Pengecualian Visa Bersama China-Malaysia Berkuat Kuasa 17 Julai
- BIBF 2025: Malaysia Mahu Manfaatkan Status Negara Tetamu Kehormat, Adakan Lebih Banyak Kerjasama Global
- Program Tahun Melawat Malaysia 2026 Dilancarkan di Beijing
- PM Li Qiang Bakal Lawat Indonesia dan Hadir Sidang Kemuncak ASEAN-China-GCC
- Penghantaran Hari Sama Durian Cerminan Kerjasama Segenap Bidang China-Malaysia
- Bekas Duta Besar: Malaysia, China Bina Masa Depan yang Berkongsi untuk Kemakmuran
- Saluran Eksport Durian Malaysia ke China Alami Ledakan
- Tarian Singa: Khazanah Budaya yang Dikongsi China, Malaysia
- Air Dicencang Tiada Putus | Ikuti Kisah Interaksi Rakyat dari Mulut Pelajar China dan Malaysia