- Lain-lain
梅西连过5人神球10周年纪念!复制马拉多纳神迹
Ketika ini, pelancongan di bahagian desa China mampu memenuhi permintaan yang pelbagai dan diperibadikan buat pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kumpulan umur.
Satu program yang telah dilancarkan oleh pekan Fulin, di Changsha, Provinsi Hunan, tengah China pada awal tahun ini direkodkan telah memanjangkan purata tempoh pelancong kepada dua jam, sekali gus menjana lebih RMB2,000 (AS$278.63) tambahan daripada pendapatan bulanan bagi setiap isi rumah yang terlibat, serta meningkatkan jualan produk istimewa tempatan sebanyak 50 peratus.
Foto menunjukkan sebuah penginapan di Hulun Buir, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China. (Oleh Wang Zheng)
Difahamkan, pekan itu pada mula-mula sekali telah melaksanakan tinjauan kampung secara besar-besaran, sebelum menilai isi rumah yang terlibat berdasarkan keadaan, kemahiran kulinari dan kesanggupan. Proses tersebut menarik 25 keluarga petani untuk menjadi peserta awal.
Sesi latihan yang khusus telah diadakan untuk membantu setiap isi rumah dalam menghasilkan hidangan istimewa. Setiap isi rumah yang layak kemudiannya menerima kod QR yang menampilkan foto hidangan, penerangan tentang suasana tempat makan, dan tempahan dengan hanya satu klik. Kesemua isi rumah tersebut telah ditanda khas dalam peta pelancongan di samping kebun bunga tempatan, pasar dan inap desa, sekali gus mewujudkan pengalaman bersepadu buat pengunjung.
Di sebalik tawaran kulinari, pengalaman seperti aktiviti budaya rakyat di rumah-rumah kampung tradisional, lawatan ke pasar tempatan dan aktiviti pertanian amali pula telah menjadi pendekatan utama bagi wilayah itu dalam usaha membangunkan pelancongan desa, sambil mempamerkan ciri-ciri luar bandar yang asli.
Kawasan-kawasan lain di serata China juga sedang memperluaskan varieti tawaran ‘jenama kampung’ seperti ‘kafe kampung’, ‘pertandingan bola jaring kampung’, ‘pertandingan bola sepak kampung’, dan ‘persembahan opera kampung’, yang dilihat terus mendorong terhadap pertumbuhan pelancongan budaya.
Foto memaparkan pelancong di kebun laici di kampung Gufeng, bandar Wuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (Oleh Li Jieyuan)
“Kami pada mulanya datang hanya untuk menginap di inap desa luar bandar, tapi tidak menyangka dapat melihat kelas yoga dan kraf tangan, malah konsert juga sekali-sekala,” ujar Pu Anan, seorang pelancong dari Provinsi Shanxi, utara China yang telah melawat Gunung Liupan di Wilayah Autonomi Hui Ningxia di barat laut China bersama-sama keluarganya pada awal Julai.
Penyepaduan industri tempatan yang berkelebihan dengan pelancongan telah muncul sebagai satu lagi tarikan buat pelancongan luar bandar pada musim panas ini.
Bandar Jiaxing di Provinsi Zhejiang, timur China, yang dikenali sebagai ‘tempat ikan dan nasi’, telah membangunkan satu rantai industri udang krai-nasi yang matang pada tahun-tahun mutakhir ini.
Kampung Youqiao di pekan Daqiao di bandar itu pula telah menarik ramai pengunjung yang teruja untuk menangkap udang krai. Banyak ladang-ladang tempatan telah memanfaatkan trend itu dengan menawarkan perkhemahan, memetik sayur dan buah, pengalaman menikmati hidangan tempatan, dan perjalanan sambil belajar bertemakan udang krai-nasi, dengan pendekatan inovatif terus menambah baik nilai tambah udang krai.
Pada awal Julai, seorang wanita, Cui dan keluarganya terbang dari Shanghai ke Dali di Provinsi Yunnan, menyewa rumah di pekan Shaxi, kaunti Jianchuan buat sepanjang percutian musim panas itu. Kesemua isi rumah itu dikatakan tertarik terhadap kualiti udara yang cemerlang, tumbuh-tumbuhan yang subur, tempat penginapan tradisional yang unik, keramahan penduduk tempatan dan sewa yang berpatutan.
Pelancong menaiki kereta api kecil untuk menikmati bunga teratai di bandar Jiaozuo, Provinsi Henan di tengah China. (Oleh Liu Jinyuan)
Menurut perkongsiannya, ramai pengunjung lain sepertinya telah memilih untuk terus tinggal di situ, dan menikmati gaya hidup yang tenang.
Memetik data terkini Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Provinsi Yunnan, lebih daripada 2.8 juta manusia memilih untuk melanjutkan tempoh tinggal di Yunnan dalam separuh pertama tahun ini, sekali gus menyaksikan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 45.4 peratus.
Didorong oleh trend tersebut, pekan Shaxi telah mengamalkan model pelancongan luar bandar bersepadu yang berpusatkan kepada konsep menikmati ‘gaya hidup santai’, seterusnya menjadikan kecantikan semula jadinya, adat rakyat tempatan dan warisan budaya kepada tarikan berkekalan buat pengunjung.
- Sains Hidupkan Semula Hutan Walnut Purba, Lonjak Pendapatan Penduduk Xizang
- Dasar Mengenai Sungai Yangtze Bantu Bekas Nelayan Terokai Perniagaan Baharu di Anhui
- E-dagang Buka Pasaran Lebih Luas Buat Produk Istimewa Xizang
- Dekati Pembangunan Berintegrasi Bandar-Desa China Melalui Infrastruktur Jalan Luar Bandar
- Cendawan Fuciformis Jadi Emas
- Surat Xi Bakar Semangat Penduduk di Fujian, Realisasikan Pemulihan Luar Bandar
- Kisah Kejayaan Hebat Di Tengah Mawar Gurun
- Kaunselor Filipina Teruja Turun Padang Tinjau Pertanian China
- Provinsi Jiangxi: Jalan Raya Bagai Rentas Awan
- "Tanam" Matahari di Bumbung Bukit Tandus