- Lain-lain
北京东城试点“学院日”课程 学生走出校门选修课程
![]() |
Orang ramai melawat reruai jenama Denza milik China semasa hari media eksklusif Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2025 di Pameran Konvensyen Indonesia di Tangerang, Banten, Indonesia pada 23 Julai 2025. (Xinhua/Agung Kuncahaya B.) |
Tatkala permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV) terus meningkat di negara-negara Asia Tenggara, pembuat kereta China pada Rabu telah memperkenalkan model EV baharu di Indonesia.
Di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) yang diadakan di Tangerang, provinsi Baten, jenama BYD telah melancarkan model Atto 1 yang turut dikenali sebagai Seagull atau Dolphin Mini di China.
“Ini merupakan Atto 1 yang pertama di Asia Tenggara. Kami menawarkannya dalam dua varian iaitu Dinamik dan Premium,” ujar Pengarah Operasi BYD Indonesia, Nathan Sun ketika pelancarannya.
Dalam pada itu, Wuling pula memperkenal kenderaan pelbagai guna (MPV) baharunya yang direka khas untuk kegunaan formal dan keluarga, dan ia diberi nama Cortez Darion. Difahamkan, ia dikeluarkan dalam dua versi iaitu hibrid dan kenderaan elektrik bateri sepenuhnya.
GIIAS 2025 secara rasminya dibuka pada Rabu, dan dijadual untuk berlangsung sehingga 3 Ogos depan.
![]() |
Orang ramai melawat reruai pembuat kenderaan China, BYD semasa hari media eksklusif Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2025 di Pameran Konvensyen Indonesia di Tangerang, Banten, Indonesia pada 23 Julai 2025. (Xinhua/Agung Kuncahaya B.) |
- China, Indonesia Tandatangan MoU Tingkatkan Kerjasama Hak Cipta
- PM Bersimposium Bersama Wakil Syarikat China di Indonesia
- Semarang Mohon Anggotai CAMSR
- Zhang Youxia, Dong Jun Terima Kunjungan Menteri Pertahanan Indonesia di Beijing
- China, Indonesia Adakan Mesyuarat Pertama Mekanisme Dialog Menteri Luar dan Menteri Pertahanan
- Naib Presiden China Terima Kunjungan Menteri Luar Indonesia
- Majlis Ulang Tahun Ke-75 Hubungan Diplomatik China-Indonesia Diadakan di Bejing
- China, Indonesia Anjur Mesyuarat Mekanisme Dialog '2+2' Isnin Depan
- Taman Industri Batang Dinaiktaraf ke Zon Ekonomi Khas
- China, Indonesia Sinergi Naik Taraf Khidmat Bayaran QR Rentas Sempadan